PENULIS DENGAN PAKAIAN NBC, SELEPAS GAGAL UJIAN GAS
Kita tidak tahu jika saat-saat bahaya menanti kita, sama ada perang, darurat atau bencana alam. Saya sendiri pernah membuat tindakan yang membahayakan nyawa, di mana semasa satu tugasan di Iran, saya membawa khemah dari Malaysia.
Cuaca ketika itu sangat sejuk, khemah yang saya bawa hanya sesuai untuk waktu malam tropika yang mempunyai kebolehan untuk melindungi saya dari serangan nyamuk tetapi bukan untuk menghangatkan saya dari cuaca dingin seperti di gurun Iran. Saya hampir beku di dalam khemah, ketika ini saya terpaksa memakai 3 lapis baju, dua lapis stokin dan sarung tangan. Terus terang, saya rasa nak menangis dan mengucap dua kalimah syaadah beberapa kali kerana saya terfikir akan mati akibat kesejukan.
Kesemua percubaan saya untuk memanaskan badan gagal, akhir sekali saya terpaksa menyalakan lilin askar (sejenis lilin untuk memasak) dan membakar lilin itu di dalam Mestin (sejenis dapur kecil yang dibuat dari alumunium). Memang berbaloi, haba yang dikeluarkan menyebabkan saya tidur nyenyak.
Tiba-tiba saya terasa peha saya sakit seperti digigit serangga, apabila sedar, rupa-rupanya api sudah menyala dan membakar seluar saya malah hampir membakar khemah. Semua tindakan cepat diambil,lega,kalau tidak saya rentung pada pagi itu di satu bumi yang amat asing sekali.
Berikut merupakan panduan saya sebagai orang awam dalam perang (boleh juga digunakan untuk senario lain. Anggap sahajalah ini merupakan panduan ala Macgyver).
1. Jangan memakai pakaian yang menggambarkan anda ini seorang tentera atau mempunyai lambang tentera. Saya pernah hampir dapat masalah di negara orang kerana menyangka saya ini tentera disebabkan saya pakai topi PASKAL (my lucky hat) dan jaket hijau ala rain coat Vietnam War yang dibeli dekat Padang Besar oleh aruah nenek saya.
2. Belajar untuk “mengsterilkan” air, kecuali jika anda tinggal di tepi sungai seperti belakang Zoo Negara (sungai Kemensah) atau Bukit Belacan, banyak stok air bersih tetapi itu pun sukar kerana dalam keadaan seperti ini, sangat bahaya untuk keluar mencari air. Didihkan air sekurang-kurangnya 15 minit untuk membunuh bakteria. Di Baghdad misalnya selepas enam bulan penaklukan Amerika Syarikat, bekalan air bersih masih gagal dicari. Anda boleh hidup selama 3 hari tanpa air dan 5 hari atau lebih tanpa makanan.
3. Pastikan anda mempunyai simpanan minyak tanah dan minyak masak yang mencukupi. Selain untuk bahanapi dan memasak, minyak masak misalnya boleh digunakan sebagai minyak pelincir. Minyak masak juga boleh menggantikan minyak hitam dalam enjin kereta anda. (Saya sendiri menggunakan minyak masak Cap Buruh untuk enjin kereta saya jenis Proton Saga. PERINGATAN!!!! GUNA HANYA MINYAK MASAK BERASASKAN KELAPA SAWIT SAHAJA.
Minyak tanah/kerosene selain untuk bahanapi (memasak), ada teori ia boleh digunakan untuk mengerakkan kereta anda dengan syarat, anda perlu menapisnya terlebih dahulu dari serpihan kulit ayam atau campuran air(INGAT SEMASA PERANG…BEKALAN PETROL AMAT-AMAT SUSAH UNTUK DICARI). Anda juga boleh belajar untuk membuat sendiri bahanapi bagi kenderaan anda pada alamat : http://www.bio-power.co.uk/makeit.htm. Di Seremban, salah seorang sahabat saya berjaya mencipta “Spark Plug” yang boleh digunakan dari anda sehinggalah ke anak cucu dan saya gunakan spark plug ciptaan beliau pada kereta saya.
4. Laburkan sedikit duit untuk menyimpan basikal. Pada masa aman, ia boleh dijadikan kenderaan riadah dan semasa kecemasan, ia boleh membantu mengerakkan anda sejauh berpuluh kilometer di mana pada saat itu adalah terlalu berisiko untuk membawa keluar kereta. Simpanlah minyak anda untuk saat-saat kecemasan sahaja.
4. Ketahui lokasi rumah anda. Semasa peristiwa 13 Mei, apabila jalanraya menjadi kurang selamat, mereka yang terselamat ketika hari pertama 13 Mei, memilih jalan sungai untuk balik ke rumah. Sungai yang saya maksudkan ialah Sungai Gombak dan Kelang.
5. Radio FM/AM. Sangat penting untuk mendengar makluman penting.
6. Jika anda dalam satu komuniti, saya sarankan anda menyimpan Microphone Kondenser (dahulu saya membeli mic jenis ini dengan harga RM9.90 sen sahaja, saya tak pasti jika mic jenis ini masih dijual lagi). Lilit wayar pada arial radio anda. Cari frekuensi FM yang sesuai. Anda boleh membuat pengumuman penting sejauh lebih kurang 1.5 ke 2 kilometer jika berada di atas bukit. Suara anda akan keluar pada setiap radio yang “tune” pada frekuensi tersebut.
6. Walkie Talkie. Dalam perang, telefon anda tidak berfungsi. Belajar untuk menggunakan sistem perhubungan radio dua hala. Saya memiliki radio walkie talkie VHF/UHF yang dibeli dengan harga RM1,000, walkie talkie saya juga boleh mengesan sebarang frekuensi lain dan mendengar perbualan radio orang lain.
Untuk orang biasa yang tidak mempunyai pengalaman dengan radio amatur, saya menyarankan anda membeli Walkie talkie Talkabout (biasa diguna oleh penjual DVD haram anda) dari kompeni Motorola beharga lebih kurang RM300-500 untuk dua set, amat berguna bagi menghubungkan anda dengan keluarga di rumah. Walkie talkie Motorola ini mempunyai capaian sejauh lebih kurang 3 kilometer. Kuasa bateri agak lemah, jadi, berbual untuk perkara penting sahaja.
7. Elakkan dari berada di bangunan-bangunan yang mungkin menjadi sasaran meriam atau bom, misalnya KLCC, menara KL, pengkalan tentera, menara telekomunikasi, jambatan, bangunan kerajaan dan etc.
8. Bawang-penting sebagai jalan terakhir jika berlaku serangan kimia. Makan dan kunyah bawang-bawang itu jika anda terperangkap dalam situasi berkenaan (Saya tidak pasti jika ini benar tetapi maklumat ini saya dapat dari rakan saya yang merupakan bekas kapten pasukan GGK). Kalau anda rasa dengan menahan nafas, anda boleh terselamat dari serangan gas beracun atau kimia, anda sebenarnya salah. Saya sendiri pernah diuji dengan gas beracun (tidak ingat namanya) dan bertahan hanya selama 5 saat sahaja sebelum ditendang keluar dari bilik gas. Sebelum itu saya yakin, dengan menahan nafas saya pasti lulus ujian ini tetapi teori saya silap, untuk pengetahuan pembaca, saya mampu menahan nafas selama 60 saat (Oklah kot untuk orang awam).
Untuk pengetahuan anda, gas yang diuji ke atas saya itu menyebabkan kerongkong rasa terbakar, leher macam kena cekik, mata berair dan susah hendak bernafas atau menyebut “HELP!HELP”. (lihat gambar di atas kalau korang tak percaya)
9. Bekalan makanan kering dan tahan lama seperti beras 30 kilogram, ikan masin, kicap, makanan dalam tin (dalam keadaan biasa, jika anda mencatu makanan, bekalan ini cukup untuk menampung anda minimun 6 bulan jika anda hidup seorang). Bab ini anda fikirlah sendiri, setiap orang mempunyai keperluan berbeza, saya misalnya…rokok lebih penting dari nasi. Sebenarnya makanan-makanan kering ini banyak membantu saya menghadapi saat-saat sukar di luar negara.
10.Jika di hutan, makan daun atau buah-buahan yang dimakan oleh binatang sahaja, selain dari itu ia mungkin beracun. Ular sawa, katak dan ulat (sumber protein) boleh dimakan. Saya sendiri pernah menikmati daging ular, katak dan ulat dalam satu lawatan ke kem temtera, terus terang, saya surrender dan dari situ saya mula faham bertapa peritnya kehidupan seorang anggota tentera di dalam hutan.
11. Apabila keadaan tidak mengizinkan, tanggalkan bateri kereta anda dari membiarkan bateri berada dalam kereta. Bateri kereta itu mungkin berguna untuk tujuan lain. Bateri juga akan menjadi lemah jika diam dalam kereta untuk beberapa hari.
12.Charger bateri untuk bateri kereta atau motor mungkin sangat berguna (Guna untuk caj bateri yang lemah kerana dalam saat-saat ini, anda bukan boleh sewenang-wenangnya membawa kereta ke hulu dan ke hilir). Saya buat masa ini mempunyai charger 6-12 wattt yang saya beli untuk bateri motorsikal Blade 250cc saya dengan harga lebih kurang RM60. Ia juga berguna untuk caj peralatan-peralatan lain tetapi anda kena “Hardwire” lah sikit.
13.Anda pernah dengar perkataan gajet yang diberi nama “Inverter”, ini merupakan gajet yang sangat berbaloi untuk anda beli. Sambung pada soket “lighter” kereta dan “Inverter” ini boleh digunakan untuk menukar arus elektrik kereta bagi memasak nasi, caj telefon, nyalakan lampu, masak air. Ia boleh dibeli dengan harga lebih kurang RM200 untuk 500 watt. Mungkin ramai yang tidak faham, OK saya bagi satu contoh…anda mempunyai telefon bimbit dan biasanya dalam kereta kita beli alat caj telefon bimbit yang khusus untuk dalam kereta. Inverter pula mempunyai soket elektrik yang sama dengan rumah dan anda boleh caj telefon bimbit dalam kereta menggunakan “Charger” biasa telefon anda. Selain sambungan pada soket “lighter” di dalam kereta, ia mempunyai sambungan wayar negatif dan positif untuk di klip pada bateri kereta untuk kegunaan barang elektronik di rumah dalam keadaan bekalan elektrik terputus. Sangat berguna untuk saat-saat kecemasan. Model untuk 1,000 watt juga dijual dengan harga RM500.
14.Jika anda bernasib baik, bekalan elektrik mungkin masih ada. Pengalaman di Iraq menunjukkan, pasukan tentera yang menyerang tidak mahu menyerang stesyen janakuasa elektrik atas dasar perikemanusiaan.
15.Jika nasib anda buruk, generator elektrik yang berharga di antara RM1,000 ke RM1,500 amat berguna. INGAT PANDUAN SAYA YANG KE 3-MINYAK MASAL DENGAN SEDIKIT CAMPUR KEROSENE BOLEH DIJADIKAN BEKALAN BAHAN API.
16.Belajar untuk mengenali struktur rumah anda. Rumah anda boleh menjadi kubu dan kubur anda. Susun ruang perlindungan anda dengan perabot yang ada (wujudkan comfort zone, zon kedap hentaman dengan menggunakan sofa/tilam dan elakkan dari barang-barang yang mungkin menyebabkan anda cedera. Biasanya kecederaan disebabkan benda tajam seperti kaca, bucuan keras dll.
17.Parang/Kapak.Penting untuk perlindungan, memberi bantuan, mendapatkan bekalan kayu api.
18.Alat bantuan mendapat makanan seperti joran, anda juga disaran belajar menanam.
19.Coklat. Coklat Cadbury, minuman Milo atau Koko. Penting untuk bekalan tenaga. Ingat anda kekurangan zat dan protein semasa perang. Anda juga terpaksa bekerja lebih semasa perang, dan minuman atau makanan ini membekalkan tenaga.
Ini merupakan senario basic berdasarkan pengalaman saya sendiri yang terpaksa memasuki zon bencana alam, zon peperangan dan situasi-situasi yang benar-benar menyusahkan. Untuk belajar menjadi seorang survival, anda boleh download manual-manual berguna termasuk situasi menghadapi serangan kimia dan nuklear pada alamat http://www.survivenuclearwar.com/literature.htm.
20.Jika musuh menakluki Kuala Lumpur, dan anda konon-kononnya pejuang “underground” macam Hezbollah. Sistem telefon GSM 019,016,014,012,017/Satelit membolehkan kedudukan anda dikesan dengan tepat. Gunakan sistem Atur 010 atau 011 (mana ada lagi ye takkk).
21.Sentiasa bergerak tundukkan kepala. Belajar untuk mengenal bunyi tembakan dan belajar untuk mengenalpasti bunyi peluru meriam 155mm (bunyi enjin pesawat pengebom biasanya dekat pada telinga terutama B-52, meriam 155mm bunyinya memekik kuat dan nyaring. Ini pengalaman saya sendiri yang naif, ketika B52 datang, semua orang berlari mancari perlindungan tetapi saya dan geng-geng terpacak mendongak ke langit untuk melihat B52 tersebut, macam kat pameran LIMA pulak).
22.Anda tidak akan mati jika ditembak kecuali pada zon-zon maut pada badan. Anda akan mati akibat kehilangan darah. Jadi cari jalan untuk hentikan pendarahan.
23.Apa-apa sahaja peluru melebihi saiz 7.62mm akan berjaya menembusi tempat perlindungan anda misalnya di sebalik kereta. Peluru Ak47 (raifel ini menggunakan peluru 7.62mmx39mm) mampu menembusi pintu sebelah pemandu dan keluar ke pintu sebelah tempat duduk pemandu. Senjata ini tepat sehingga ke jarak di antara 100 ke 200 meter, lebih dari itu, anda masih boleh menyelamatkan diri dengan berlari zig zag. M-16 tepat sehingga 200-400 meter, ia bagaimanapun mempunyai kuasa robekan yang tidak berapa kuat dengan peluru bersaiz 5.56mm.
24. Pistol-sangat tidak tepat dan saya pernah menyaksikan video di mana seorang anggota polis menembak penjenayah pada jarak kurang dari 50 meter tetapi satu pun tak kena walaupun tembakan yang dilepaskan melebihi 12 das. Ingat! Sasaran bergerak sangat sukat ditembak.
25.Belajarlah menembak untuk perlindungan dan mendapatkan makanan. Saya mempunyai sedikit pengalaman menggunakan raifel tempur dan pistol, untuk peserta PLKN sekarang, untung dapat belajar menembak.
26.Semasa aman ini, simpanlah sedikit duit untuk membeli manual. Saya mempunyai dua buku manual menarik yang berjudul “SAS Guide to Survive” dan “1001 Manual to do everything”.
27.Kalau sakit!!!!
.
A.Batuk kering–Minuman Koko (Serbuk Van Houten dalam Tin) dibancuh boleh menghilangkan batuk
B.Diabetes–boleh gunakan kapsul Gymnema&Fenugreek (dalam perang mana ada masa nak pi hospital cucuk insulin atau potong kaki yang kena gangren)
C.Kanser–gunakan daun durian belanda, keringkan dalam microwave oven, tumbuk jadi serbuk teh dan bancuh serta minum, daun ini mampu membunuh sel-sel kanser (dalam perang mana ada masa nak buat rawatan kimoterapi)
D.Sakit Jantung–Sebenarnya jantung kita ini kuat, bayangkan dia mampu pam darah dan menghasilkan tenaga elektrik. Seorang doktor yang pernah membuat autopsi ke atas 2,000 mayat yang saspek sakit jantung memberitahu bahawa dari ribuan kes itu, hanya empat orang sahaja yang sah jantung gagal berfungsi. 1996 mayat pula mati disebabkan kegagalan pembuluh darah.Jadi jadikan QUAKER OAT segera sebagai makanan ruji anda dan belajarlah mengenalpasti ubat-ubat yang boleh membantu melancarkan perjalanan darah kerana ini merupakan basic kepada kesihatan sebenar.
28.Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) akan membantu anda tetapi percayalah cakap saya, mereka hanya akan membekalkan anda sebotol ubat biru yang digunakan sebagai ubat luka dan Panadol sahaja untuk kesemua keperluan sakit anda (Ini saya saksikan sendiri) sedangkan ketika itu sakit yang paling popular semasa perang adalah ceret beret akibat kekurangan zat.
29.OK PBB mungkin dikuasai oleh Yahudi, sekali lagi percayalah cakap saya…mana-mana kumpulan perubatan atau NGO yang masuk, mereka ini hanya mampu membekalkan anda ubat-ubat yang sudah expired tarikhnya (Ini juga saya periksa sendiri). Jadi sebenarnya tidak ada sesiapa yang ikhlas membantu anda, semua menjalankan kerja untuk mendapat nama dan untung.
30.Masyarat dunia memahami anda. Percaya atau tidak, dunia akan membantu anda dengan membekalkan tepung untuk anda membuat roti canai kerana mereka menyangka kita sama seperti mereka yang menikmati “bread and butter”. Ini pengalaman saya sendiri apabila ada orang dari Malaysia yang membekalkan bertan-tan beras, Maggie dan ubat nyamuk untuk pelarian perang di Afghanistan. Mereka nak masak beras pun tak ghetiiiii…Tengok Maggie pun tak pernah, akhirnya ramai yang makan Maggie umpama kita makan snek ranggup MAMEE. nyamuk???? ada nyamuk ke kat Afhganistan HAHAHA.
29.Untuk mendapatkan pandangan ala “Night Vision”, bila menjelang waktu Maghrib, fokus mata pada satu-satu benda untuk membolehkan anak mata anda memperbaiki bukaan kanta atau iris (ya ke iris??? fail sikit bab biologi ini). Ini akan membolehkan anda bergerak dengan pantas di hutan walaupun keadaan amat gelap gelita.
SEKIAN SAHAJA, KITA BERKONGSI ILMU…ADA IDEA LAIN, MEH LAH KITA BINCANG KAT KOMEN
faydh says
Saya baca dlm buku pahlawan ATM…pengganas Komunis buat empangan kecil di laluan air untk dan simpan daging gajah dlm air spya x rosak.
yusof says
Aasalamualaikum….
Saya baru trrbaca blog ni. Dua tiga hari aelepas gempa bumi di Kota Kinabalu banyak sgt maklumat ghaib si terima…tapi korang nak percaya atau tidak ikutlah…kita tunggu dan lihat. Saya tinggal di Kuala Lumpur. Amaran pertama…kesan gempa akan merapati kawasan lembah kelang juga. KL ni kan dulu kawasan lombong…so faham2 je lah kekuatan mukabuminya macam mana. Jaluran air bawah tanahnya amat banyak. Skrh pula MRT pula dah buat trrowong yg amat pjg bawahnya. Jadi jika ada gegar gempa…cepat2lah keluar darikawasan kL. Sediakan bag galas yg siap diisi semua dokumen.diri dan anak2 .pakaian panas…dan sedikit barang keperluan.
zuan says
Tq atas ilmu, ini bkn saja pntg untk darurat n perang tp juga boleh diaplikasikan, if tersesat dalam hutan time hiking b4 nk tnggu jpam or bomba sampai.. thumb up.
nizamperodua says
Huhu.. Teringin nk jmpe blogger ni.. 🙂
Boddin Abbas says
Jangan lupa ilmu tanam pisang. Kalau tak kenapa tentera Jepun memperkenalkan matawang guna gambar pokok pisang!
haha says
nak tanya, senjata cam EMP yang boleh lumpuhkan semua elektronik betul2 wujud kah? kalau ada kenapa digunakan? senang skit nak musnahkan teknologi musuh, tank, aircrafts etc…
budak says
atok aku ada mic tuh, dia rakam ceramah kat masjid pakai walkman ja.. sumpah stail..
silent reader says
penah terfikir nak simpan stok mkanan cth myk masak, mknan dlm tin etc..tp dibantah oleh hubby katanya xpayah mengarut, jgn pecaya sgt..(even dia adalah seorg askar)..hadoiii
pai says
hahhaha tapi mmg btul org yg duduk tgh2 hutan batu mmg susah skit nk dapat minyak tanah. zaman skang tak mcm dulu. nak dapat kabaid main meriam buloh pun susah.
pai says
bro Anon, cuba lari skit dari politik boleh tak. Letih la 24jam politik.
pai says
tips yg berguna… cuma kang tiba2 aku blajar menembak takut SB follow plak manatau dia ingat aku nak buat onar plak.
muhd hakimi says
sangat bagus blog ini ianya dapat menyedarkan rakyat malaysia tentang panduan kecemasan semasa perang tetapi tulis biar betul la bro ada yang eja silap bro.
sa'at says
sangat setuju.inilah yang saya fikir jika terjadi zombie apocalypse, ethnic riot atau dunia dalam ww3. sampai terfikir nak buat bunker bawah tanah betul2 bawah rumah.
MEMORY says
opss salah komen.sorri sume
MEMORY says
Aduh no typhoon,no rafale,no awacs.jadi apemende negara kita nk beli dgn budget ciput tu????
mr.ram says
testing..newbie
Mohd Hafizfuddin Derani says
Salam, sedara. Rasa-rasa sedara la… kat Jalan Pasar yang banyak kedai peralatan elektrik tu, masih boleh dapat ke mikrofon kondenser yang sedara cakap tu..?
mat says
info yang bagus…tapi kalo takde ammo mcm mane???
pakartelekomunikasi says
mari kita belajar wat api guna kayu…. nanti darurat sure sume kedai tutup.. tak jual lighter..
pakartelekomunikasi says
macammana nak buat rangsum- rangsum tu sendiri? apa yang ada dalam beg rangsum tu?
pakartelekomunikasi says
bukan selamanya kita aman..
vega says
saya nak tambah sikit, mungkin bole tambahkan flint untuk hasilkan api dan juga lampu suluh yang menggunakan kuasa megnet, jadi tak perlu nak gunakan kuasa bateri.
zint says
minta kebenaran untuk share ye tuan empunya…. =)
TQ!
KOKO KRUNCH says
yang ke-30 tu lawak! hahaha
azizuan says
thanks bro..
info y sgt2 bermanfaat
alor star airman says
oops silap masuk sorry .
alor star airman says
kalau jadi konflik dengan indon ni kita nak hantar siapa . kerajaan patut ambil iktibar tubuhkan pasukan infantri laut atau 'marin' . indon ,thailand dan filipine semua dah ada pasukan marin masing2 . kita bila lagi . takkan nak hantar askar melayu dan renjer saja . diaorang infantri darat . tidak sesuai saya rasa . macam suruh mekanik motor repair trak 3 tan . jangan marah saya cuma buat perbandingan . bukan ambalat saja spratly nak letak mana .yang kat bawah tu tak boleh ambil mudah juga .sentiasa saja cari peluang .apa oendapat bro shah.
Anonymous says
aku cadangkan semua org yg dok layari blog ni join WATANIAH la….
nanti klu darurat senang skit kita…..
aku dah apply utk join,matb sem depan bru ada saringan kot….
aku mmg minat dgn army ni…
klu aku x dpt jd kapten, jagn hrp la aku nk pkr psl khwn!!!!
Hazrey says
Tapi kan shah, yang paling klasik ialah gambar kau ni. Hahah, perlu ke kau meng-arang-kan muka kau camtu sekali. Buatlah mosaic elok elok. Hahah..
Golongan bangsawan ke hapa nya. Aku dulu pakai kayu api jek.
shahpaskal says
Hazrey, kau ni mesti dari keturunan bangsawan pasal tak pernah beli minyak tanah kat kedai runcit.
Tapi aku tak pasti mana nak beli minyak tanah pun pasal last aku beli minyak tanah adalah kira-kira 15 tahun lepas. Minyak tanah mudah terbakar, jadi campurannya gunakan sedikit sahaja dalam minyak masak untuk dijadikan petrol alternatif
Hazrey says
Baguslah tips ni. Tahniah bro. Aku pun tak tahu. Hahaha. Lagi pulak dengan Singapore.
Ok, aku persiapkan diri aku. Minyak tanah nak cari kat mana bro?
John Winchester says
Humn…Ikhtiar Hidup yang sesuai diamalkan untuk civilian……
Kalau menembak raifal (M16) itupun dalam 3-4 tahun lepas (ikut pertandingan menembak jatuh piring anjuran PALAPES tempat kawan-2 tahun tak de, katanya PALAPES berlatih pun catu ammo…)……biasanya tembak babi, monyet, lotong dan tupai…..
Biasa juga guna senjata, itupun jenis shotgun……
Insya Allah, taklah kekok…..
Anonymous says
Wah.. tips yang berguna, Thanks bro. Tapi tips no.29 tu kita nak fokus kat benda apa ? Bukan apa nanti boleh cuba hehehe.. Thanks again.
Anonymous says
hi smua
mgkin komen sy ni terkeluar dari topik perbincangan…
sy kagum dgn langkah2 negara luar mempromosikan bidang ketenteraan sbgai profesion…
sbgai conoth, menghasilkan siri2 televisyen realiti seperti SAS Desert: Are You Tough Enough?(yang ni siri jungle pun ada jugak shooting kat swak)
kenapa agaknya kat malaysia ni xda rancangan seperti tu? kalau ada d terbitkan, sy pasti ramai anak muda yg akan kagum dan minat nak masuk askar
shahpaskal says
Buddy, aku ada rangsum-rangsum tempur buat stok di rumah aku. Tarikh tamat produk 2013. Banyak juga stok-stok makanan biasa dan bahanapi berada dalam keadaan standby, biasanya aku recycle bila dah dah tamat tarikh. MMg aku sentiasa letakkan diri aku dalam keadaan berjaya. Bukan pasal takut perang tapi kerjaya kita ni, yang kadang2 terpaksa overnite.
shahpaskal says
Buddy, kau ni buat aku saspen jee, thanks anyway for the info, nampaknya banyak gak kau bagi tips. Dan tips2 yang kau bagi tuuu, banyak juga aku tak tahu. Ribuan terima kasih
buddy says
banyak lagi yang perlu diongsi ni.. kalau ada masa dan duit, digalakkan pergi cari RTBK. rangsum-rangsum tempur semuanya boleh dijadikan bekalan kerana boleh disimpan dalam tempoh yang lama.
pada masa perang, amatlah TIDAK DIGALAKKAN mengambil air dari sungai.
pengalaman kita ketika menentang PENGGANAS KOMUNIS dulu menunjukkan mereka selalu meracun air sungai untuk mensabotaj kesihatan anggota tentera kita.
buddy says
simpan arang pun boleh membantu.
sebab antara kandungan utama dalam facemask nbc itu adalah COAL.
pasal tu kalau nak hilangkan bau durian dalam kereta pun guna arang.
salam bro.
buddy says
bro, nombo lapan tu TEAR GAS.
kita sama-sama masuk khemah NBC RAJD kat gemas tu 😉
shahpaskal says
Kem-Renjer, terima kasih, pening kepala aku pikir bab makanan ni, bab lain Insya Allah boleh settle, tapi bab makan problem, terutama untuk konflik jangka panjang yang amik masa antara 2-3 tahun
kem-renjer says
bagus juga panduan ni bro.
pasal ubi kayu tu meh aku bg..carik je batang2 pokok ubi kayu dan potong2kan kepada saiz lebih pendek. tp amik batang yang dah tua tp jangan amik yang dah reput. lepas tu gali la tanah dan cucuk je. pasti tumbuh nanti. lagi banyak lagi baik la…ni aku selalu tengok arwah nenek aku tanam ubi dulu.
jagung pun bagus juga…taburkan je biji jagung yang dah dikupas2. tp ubi kayu tu lebih tahan lasak.
tumbuhan jenis jagung dan ubi kayu ni antara yang senang nak tanam.
Semut Api says
kita nak perang dengan kominis ke ni? atau sapa?
adioz88 says
sesuatu yang amat berguna untuk dikongsi bersama.
tentang campuran kerosin dan minyak masak berasaskan sawit , berapa nisbahnya untuk tiap2 minyak tu.
berkenaan makanan darurat seperti ular, selain dagingnya darah juga boleh diminum. 80% darah ialah air. yang buatkan orang tak lalu sebab bau dan warna merah tu..Tapi sebenarnya darah tu sumber tenaga jugak waktu darurat..
shahpaskal says
Terima Kasih Tuan Anony, mengenai kapal perang Malaysia di Ambalat itu. Insya Allah saya akan mencari tambahan maklumat, menteri pertahanan kita pun nampaknya belum memberi apa2 kenyataan
Anonymous says
http://alutsista.blogspot.com/2009/06/kapal-perang-malaysia-kembali.html
Anonymous says
Saya amat meminati blog ini…de Pablo JB
Anonymous says
bro… gas beracun ke gas pemedih mata? klau gas beracun, rasanya bro dh x mnulis dh kt sini. tp thanks for the info. its good.
Anonymous says
salam…
thanks sebab bagi info yg berguna…
sya dok tgk gak man vs wild kat discovery..
byk input dpt untuk survive…
truskan menulis…
suma da x sabar nk baca…
eddie dewanaga says
satu info yg bagus, jgn sekadar baca, tetapi fikir sejenak dan cuba toleh kiri kanan, mungkin kita boleh cuba2 utk list kan sendiri keperluan kita… berdasarkan bekalan yg sedia ada, yg lain2 tu boleh kita cari slow2…
singapore civil defense selalu buat drill sebegini bersama2 public, diorang punya public cukup aware tentang hal2 sebegini, jika berlaku serangan, apa yg patut dilakukan…
kita… kita juga perlu ambil berat hal2 sebegini, jgn memandang sinis info2 ini, jgn terlalu berharap dunia akan aman selamanya, Pyongyang, Tehran telah mencetus fius pergolakkan,
Sri Lanka, Pakistan sudah bergegar dek pemberontak…
Washington dan sekutu2nya pantang dicabar…
kita akan terus bersatu, pertahankan tanah melayu!!!
shahpaskal says
Obefeind, aku tak pasti sekarang ada jual lagi ke tak. Kau pergi tanya kat kedai elektronik, mintak dia microphone yang boleh keluar kat FM stereo (dulu aku pakai gelombang Pilihan Bersama FM). Suara keluar kat semua radio yang tune pada gelombang tu, so banyak benda nakal kau boleh buat hehehehe…
Aku pun terpikir gak, macam mana nak tanam ubi kayu????
Anonymous says
hehehe belajar belajar la tanam ubi kayu…tanam padi…
Obefiend says
nice list
printout simpan buat peringatan. Arwah atuk saya semasa hidup sentiasa dengan radio am/fm nya. dalam laci pula ada berketul2 bateri saiz D dismpannya. pernah suatau ketika saya terambil bateri itu dan pasangkan pada mainan robot. habis kena marah dengan arwah
“ini bateri untuk darurat bukan untuk main-main”
kata dia. sampai ke akhir hayat arwah atuk sentiasa bersedia. rasanya kalau godek laci bilik arwah ada lagi kot bateri2 tu. mungkin dah luput tempoh!
SHAH
soalan pasal microphone kondenser. apa tu? serious tak pernah tahu rupa. macamana nak guna?
Anonymous says
so juak juak politik yang bencikan PLKN, sedarlah…
Razak says
Salam…tahniah, panduan yang sangat berguna utk masa perang/dharurat, teruskan menulis