1. Minggu lepas, saya “pekena” kopitiam Oldtown, Jalan Yap Kwan Seng bersama dengan orang hubungan saya dalam pertahanan negara.
2. Banyak yang kami sembang selepas berbulan tidak berjumpa lantaran isterinya mengalami kemalangan semasa bercuti di Eropah.
3. Yang nyata, tidak ramai kawan-kawan saya dalam dunia ketenteraan yang tahu kewujudan blog saya kerana kalau tidak habislah kena gelak pasal dia orang yang 20 kali ganda handal pun tidak berminat untuk membuat blog pertahanan.
4. Saya berharap lebih banyak peluang untuk bertemu dengan orang-orang hubungan saya terutama rakan dari bahagian risik Angkatan Tentera Malaysia yang kini sudah terputus hubungan lantaran ada yang mengambil pencen awal dan berpindah ke tempat lain.
5. Saya berharap anggota risik ini yang pernah memasuki Myanmar dan beberapa zon keselamatan ketat bersama saya sekitar tahun 2000/2001 dapatlah menghubungi saya semula.
6. Banyak-banyak topik yang kami bualkan, terkeluar pula cerita pasal MIG-29 Malaysia yang kini menghampiri akhir hayatnya.
7. Pesawat yang banyak berjasa pada negara itu dijangka akan ditamatkan perkhidmatannya pada tahun depan selepas berada lebih kurang 15 tahun dalam inventori Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM).
8. Topik ini bukanlah rahsia sangat kerana khabar-khabar angin mengenai perkhidmatan jet pejuang itu sudah pun bertiup kencang, saya harap janganlah ada dari kalangan pihak bertanggungjawab menyoal siasat saya selepas ini seperti yang pernah berlaku pada saya beberapa tahun lepas.
9. Jenuh saya melayan panggilan dari seseorang apabila saya memdedahkan satu maklumat penting mengenai dua kapal selam Belanda dari kelas Zwaardvis yang tersadai di limbungan PSC di Lumut padahal, info itu saya perolehi dari laman web akhbar-akhbar di Belanda.
10.Berbalik kepada MIG-29 tadi, ketiadaan pesawat itu akan melemahkan sedikit sebanyak pertahanan negara kerana ia merupakan satu-satunya jet pejuang bersifat “Interceptor” yang belum pernah ada dalam mana-mana servis angkatan udara di rantau Asia Tenggara sejak dari tahun 80an.
11.Kelemahan ketara MIG-29 Malaysia adalah sifatnya yang “dahaga” minyak dan jarak
penerbangannya juga agak minima (hanya 4,365 liter bahan api dalam tangki dalam kerana itu ia dilengkapkan dengan prob pengisian minyak).
12.Ia bagaimanapun memang sifat semulajadi MIG-29 yang direka untuk tujuan pintasan hasil teknologi dua enjin turbofannya yang sangat kuat.
13.Jika satu dari enjinnya gagal berfungsi, MIG-29 Malaysia masih mampu terbang balik ke pengkalan dengan bantuan hanya dari satu enjin.
TAKTIK MIG-29 FULCRUM MALAYSIA
14.Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) menggunakan taktik untuk mengunakan MIG-29 dalam peranan pemintasan.
15.Sebagai contoh, semasa negara diancam (contoh semasa isu perubatan kepulauan Ambalat dan beberapa isu yang melibatkan Singapura), juruterbang TUDM akan berada di kokpit pesawat 24 jam dan pesawat siap untuk diterbangkan dalam masa kurang dari 5 minit sahaja.
16.Ini disebabkan pesawat Singapura boleh mengebom mana-mana sasaran strategik di Malaysia dalam masa kurang dari 20 minit selepas berlepas dari landasan mereka di pengkalan udara Changi, Tengah atau Paya Lebar.
17.Sebaik sahaja arahan “Scramble” diberikan, MIG-29 TUDM akan berlepas dari landasan dan akan menggunakan keupayaan enjinnya yang berkuasa untuk memecut serta memanjat ruang angkasa ke tahap 50,000 kaki dalam masa hanya beberapa saat sahaja (separuh dari masa yang diambil oleh pesawat F-16)
18.Ia ternyata lebih baik dari keupayaan pesawat F-16 Singapura yang memerlukan masa lebih kurang 254 meter persecond untuk mencecah ketinggian 50,000 kaki.
19.Selepas selesa berada di tahap tertinggi, juruterbang TUDM akan menggunakan keupayaan radar “look-down/shoot-down capability” untuk mencari pesawat musuh yang mungkin terbang rendah di bawahnya.
20.Keupayaan ini digunakan kerana untuk tujuan serangan, pesawat musuh akan membuat
penerbangan profil mendakap permukaan (terrain masking) untuk mengelak dikesan oleh radar primary TUDM.
21.Ada cerita di mana penerbangan berprofil rendah ini membuatkan pesawat terbang searas dengan pucuk pokok dan di dunia, pesawat terbaik untuk melakukan penerbangan ini adalah Panavia Tornado yang turut dilengkapkan dengan radar permukaan 3D.
22.Sebaik sahaja pesawat musuh dikesan oleh keupayaan “look-down/shoot down capability”, juruterbang MIG-29 akan menjunam dan meletakkan pesawat mereka di belakang pesawat musuh kerana serangan dari hadapan merupakan kelemahan ketara MIG-29.
23.Saya berkata demikian kerana radar hadapan MIG-29 adalah berkeupayaan rendah iaitu pada jarak lebih kurang 70 kilometer sahaja dan disebabkan ketidakupayaan ini juga, penganalisis pertahanan tempatan menolak kemungkinan peluru berpandu “Beyond Visual Range” sudah berada dalam inventori TUDM satu ketika dahulu (Radar F-16 boleh kesan sejauh 150-300 kilometer).
24.Ada juga laporan yang menyatakan, disebabkan ketidakupayaan radar hadapan MIG-29, umum sering menyaksikan formasi penerbangan MIG-29 yang bercampur dengan pesawat pejuang ringan Bae Hawk.
25.Dalam formasi ini, pesawat Hawk yang mempunyai keupayaan radar yang lebih baik akan menyuluh apa sahaja rintangan yang berada di hadapan formasi.
TAMAT PERKHIDMATAN
26.Jika dahulu tugas-tugas “interceptor” atau pintasan ini diberikan kepada pesawat MIG-25 Foxbat yang pernah mengerunkan dunia barat semasa perang dingin dahulu.
27.Kewujudan MIG-25 telah banyak memecahkan rekod penerbangan misalnya ia merupakan pesawat yang paling laju malah kelajuannya pernah menyelamatkan seorang juruterbang Iraq yang memecut meninggalkan peluru berpandu jet pejuang Amerika Syarikat yang sedang mengejarnya.
28.Rupa-rupanya MIG-25 tidak secanggih mana, ia hanya diberi enjin turbofan berkuasa tinggi tetapi tidak lincah dan radius pusingannya juga jauh (tidak sesuai untuk pertempuran “dogfight”).
29.Memang pesawat-pesawat dari Russia dibina sedemikian rupa, enjinnya berkuasa tetapi cepat barai dan intergriti struktur pesawat tidak bertahan lama kerana itu jarang kita terdengar ada negara yang membeli pesawat pejuang terpakai dari Russia.
30.Kebanyakkan negara membeli pesawat pejuang terpakai dari Amerika Syarikat kerana pesawat buatan mereka lebih bertahan lama kecuali selepas dipakai dengan enjin berkuasa tinggi yang tidak sesuai dengan kemampuan struktur pesawat.
31.Ini ternyata benar dalam kes A4 Skyhawk Singapura, republik itu telah menaiktarafkan Skyhawk lamanya dengan pemasangan enjin F404-GE-100D yang sangat berkuasa menggantikan enjin asal J65.
32.Akibatnya selepas beberapa tahun, keretakan pada struktur pesawat A4 Singapura yang diberi nama baru SuperSkyhawk mula dikesan pada tahap mikro dan ini sangat membahayakan.
33.Sama seperti MIG-29 Malaysia, selepas beberapa tahun pesawat ini sudah tidak sesuai untuk dinaiktaraf disebabkan belanja yang sangat besar.
34.Struktur pesawat ini juga tidak sekuat seperti baru dan kerana itu banyak negara “memuziumkan” MIG-29 atau memilih pesawat baru menggantikan Fulcrum ini sedangkan usia perkhidmatan MIG ini adalah sezaman dengan F-16A.
PERSOALAN
35.Jika benar MIG-29 Malaysia akan dikeluarkan perkhidmatannya pada tahun hadapan, adakah negara ini berpeluang melihat penambahan satu lagi skuadron baru Sukhoi dimasukkan ke dalam perkhidmatan.
36.Jika tidak Sukhoi pun, adalah menjadi harapan penulis untuk melihat satu skuadron baru F-18 Superhornet (18 buah) memasuki perkhidmatan TUDM menggantikan pesawat F-18 Hornet sedia ada.
37.F-18 Hornet TUDM sekarang ini masih tidak lengkap sebagai satu skuadron (hanya 8 buah) dan pihak Boeing sendiri tidak pernah berputus asa untuk membuat tawaran menarik kepada Malaysia terutama sekali pemberian peluru berpandu BVR AIM-120 yang sudah pun dimiliki oleh Singapura dan Thailand.
38.Superhornet merupakan pesawat “Deep Interdiction”, ia ternyata sangat baik sebagai pesawat pejuang dan penyerang kerana itu AS mengklafikasikan pesawat ini sebagai F/A-Hornet iaitu F untuk Fighter dan A untuk Attack.
39.Ini juga bersesuaian dengan hasrat TUDM untuk mempunyai pesawat-pesawat MRCA dalam inventorinya.
NOTA PENULIS : CERITA MIG-29 DITARIK DARI PERKHIDMATAN INI BELUM PERNAH DISIARKAN OLEH MANA-MANA MAJALAH DAN AKHBAR, EKSKLUSIF UNTUK PEMBACA MILITARYOFMALAYSIA.
SATU ANALISIS RASMI AKAN DIBUAT TIDAK LAMA LAGI BAGI SIARAN MEDIA TEMPATAN, BUAT MASA SEKARANG PENULIS SEDANG MENGUMPUL MAKLUMAT LENGKAP DAN PIHAK-PIHAK YANG BOLEH MEMBERI ULASAN MENGENAI BERITA INI
ROSLAN EMBI says
Di samping melengkapkan keupayaan tempur dan pengawasan udara, ada baiknya pihak TUDM mempertimbangkan untuk melengkapkan sistem pertahanan udara dikembarkan dengan pesawat dan manpower yang terlatih. banyakkan lokasi sistem pertahanan udara yang dirahsiakan.
Tanggo Battery says
Mahal broo..tapi memang kono boli sejibik or dua jibik pasal Singapork ado empat buah,Thailand ado 2 buah.Kito pulak ado 2 bijik buah dalam seluar yo.Tapi kalau budget tight better kasi upgrade kita punya GAPU dulu lagi baik lar..
Tanggo Battery says
Salam semua,saya rasa baguslah kalau RMAF boleh replaced Mikoyan MIG 29N Fulcrum dengan model2 MRCA yg lebih mantap.Kita ada banyak lompong dalam sistem skyguard kita.Malaslaa nak ulas pasal pesawat AWACS or MRCA ni.Tapi saya sangat berminat untuk melihat kepada keupayaan anti aircraft kita dibawah seliaan Grup Arteleri Pertahanan Udara (GAPU).Harap kerajaan focus untuk take care GAPU ni.Current sistem utk GAPU kita ada 2 iaitu bateri dan missile.Kedua dua sistem ni dalam range tembakan Very Short Range Air Defence System (VSHORDS) or ada sedikit yg mencapai kepada Short Range(SHORDS).Jarak intercept sistem ni 4km diagonal degree or 1-2 km 90 degree vertical.Harap kita boleh up lagi dengan sistem jarak sederhana dan jauh termasuk kepada keupayaan distance pancaran radar.Saya rasa kos pembelian,operasi dan maintanance mesti jauh lebih murah berbanding pengoperasian unit unit kepak kaku,turboprop or turbofan untuk aktiviti skyshield.
Sistem GAPU boleh alert 24jam maa..Sistem Kepak Kaku,turboprop and turbofan pun boleh elert 24jam juga tapi durasi masa penyediaan dari static to take off paling cepat pun 5 minit sebelum berada di range combat 50,000 kaki.Belanja RMAF confirm mahal giler nak memaintance tahap siap siaga pesawat dan human yg mengoperasikannya.
Dan alternatif yg lebih baik adalah upgrade banyak kita punya GAPU.2 bijik pesawat stealth Amerika didalam era perang republik balkan Bosnia-Serbia selamba kodok je dilastik oleh unit unit GAPU serbia.Rilex jer.X payah nak hantar MIG gi dogfight.
perut hijau says
….ko org percaya ke malaysia ade shukoi 18 buah jek…F18 hornet de 8 buah jek?hahaahahahaahaha……..
yu says
kita tegur menegur demi kebaikan , corrective feedback , miss look tu biasalah ,, too shahpaskal bravo , i support & respek u buat blog yg menaikkan semangat kereta waja ku..
hahaha says
hmmm…betol ke????skrg dunia makin maju…kalu negara kite upgrade mig kite mcm mig rusia mest gempak..cz mig rusia gune digital n latest radar system…aku rs dari segi g load pesawat rusia lg kuat g lkoad dr pesawat us…cz mkin laju pesawat lg tinggi g load..org yg mencipta pesawat tersebut mest da pikir..betol x???x kan la dia nk cipta peasawat yg tidak kukuh…
Avionics says
Harap pikak ATM khususnya Kementerian pertahanan utamakan pembelian 4 buah pesawat amaran awal (AEWACS). ini kerana penggunaan radar berteknologi tinggi di udara adalah lebih baik untuk pertahanan ruang udara Malaysia dari di ceroboh.
Anonymous says
Kalau boleh biar buat tender terbuka. Kalau ada pertandingan tentulah pengeluar berusaha habisan-habisan terutama dari soal harga dan dalam program timbal-balik dengan kerajaan Malaysia.
Mungkin TUDM boleh mendapatkan Gripen yang mempunyai keupayaan swing role. Tak kira pesawat manapun yang penting sistem persenjataan mestilah lebih baik drp yang dimiliki MiG sekarang.
Anonymous says
Well bagusla tengok rakan2 senegara minat melihat malaysia kuat. Aku cuma ada sedikit pandangan…mig29 memang bgs..tp practical in cobat kurang berkesen..dokrin perang skrang who can fire first shot..problemnyer mig agak kurang in this aspect..Generally russian fighter good at dogfig but maner ader orang perang dogfig da skrang,,semua tembak jauh2..penakut semua..so nk beli pegannti pun kna tengok kesesuaian..by 2020 or earlier our neigbour mungkin da ada f-35 which memang hebat except for the speed. So sebelum beli kita kna fikir for what purpose and againts which enemy? kalo nk lawan kuasa besar beli menda aper pun tak guna but if terrtorial defense aku rasa the best is either su-37 or f-15 jer..fa 18 super hornet bgs but different class ngan mig as mig is interceptor and f 18 multirole fighter..the best is f-22 tp itu imposibble la kan…saab is a good choice tp thailand da ada..another thing nk beli kalu setakat 8-10 baik tak yah beli buat bazir jer coz in war tak ader gunanyer..tak cukup untuk create tactical advantages…
Anonymous says
Broooo,, aku rasa baik kita kena fikir sebelum beli sesuatu pesawat fighter. I still remember aku ada visit abang aku dekat US, dia duduk dekat Nevada pulak tuu..tiap tiap hari aku dapat tengok old and new jet fighter us terbang kat ruang udara dia orang…tambah lagi sekarang dengan ada nya Reptor F22, Stealth dan lain on the way payah bagi Malaysia nak beli broo..So in this case the goverment have to reconsider and analyst about MIG29N…
voltron says
apapun kalau TUDM berhasrat menggantikan mig29 dengan fa-18,
boeing kenelah release spec standard us. kalau setakat boleh bawa bom biase dan air to air missile pun short range ataupun amraam verion eksport …lebih baik tak payah beli.
same je macam standard f5e
Anonymous says
EuroFighter Typhoon pon mantap jugak. Sesuai ganti MIG-29
Anonymous says
Bro, check this out. Rupanya RSAF beli F-15 SG untuk counter MIG29. Last2 MIG29 nak ditamatkan perkhidmatan. haha…
http://davidtk-ace.blogspot.com/2008/08/reason-why-rsaf-buy-f-15sg.html
mohd says
satu aspek yg aku xsuke pasal jet dari usa ni,pasal diaorg ni sgt curiga nak lengkapi dgn sistem senjata canggih.jadi buat apa beli pesawat canggih,tp xda peluru..
Anonymous says
Apa yang kau orang bincangkan ni. banyak ke duit kerajaan nak beli heli nak beli jet. pandai2 aje korang buat cerita. Nak tau, jet rosak TUDM akan repair sampai boleh terbang. Jgn cakap nak beli baru la beb. Kalau duit boleh cetak mungkin bulan depan dapat jet baru. lu fikir la sendiri
Aku says
<<<||| 18.Ia ternyata lebih baik dari keupayaan pesawat F-16 Singapura yang memerlukan masa lebih kurang 254 meter persecond untuk mencecah ketinggian 50,000 kaki. |||>>>
Saudara Shahpaskal,
Tahniah kerana telah respond kepada teguran saya berkenaan artikel MiG-29. Nampaknya saudara telah pun memperbetulkannya didalam artikel saudara itu. Malangnya masih berlaku kesilapan didalam penggunaan ayat. "Rate = kadar" dan bukannya tempoh masa (yang diperlukan untuk sampai kepada satu2 ketinggian) untuk mengetahui tempoh masa untuk sampai ke ketinggian 50,000 kaki (contoh), saudara perlu buat sedikit kiraan mudah. Bukan hanya menampal nilai rate of climb didalam ayat itu.
Apapun saya ucap tahniah kerana saudara telah menunjukkan usaha untuk memperbaiki penulisan saudara. Salam.
Anonymous says
Sahabat ATM
Kita ada pelbagai kapalterbang dengan pelbagai jenis. Tidak dinafikan hasil Rusia dan sekutunya agak kurang fine-finishing tapi praktikal cuma kita tak pernah buat midlife upgrade macam kereta kena overhaul la. Lagipun beli hanya seciput jadi tak ekonomila macam India sampai beli beratus. Fikir-fikirla sendiri, banyak kita membebel dalam internet, banyak lagi maklumat keselamatan negara kita terbongkar. Jadi pak pandir lah, menang sorak, negara tergadai, musuh senyum kambing.
shahpaskal says
ya terima kasih…saya menerima teguran saudara dengan ikhlas.
Saya bukan pakar dalam hal hal teknikal kerana ada hal teknikal dibantu oleh orang lain yang saya tanyakan.
Yang saya sampaikan adalah gambaran, secara permukaan bukan terlalu detail.
Hal hal teknikal ini akan tetap berlaku pada masa depan, kerana saya bukan jurutera atau pilot.
Namun terimakasih kerana teguran saudara amat membina, sekurang-kurangnya saya sudah tahu mengenai hal ini daripada langsung tidak tahu apa-apa.
Salah saya kerana tidak memerikasa fakta dengan tepat.
Aku says
<<<"17.Sebaik sahaja arahan "Scramble" diberikan, MIG-29 TUDM akan berlepas dari landasan dan akan menggunakan keupayaan enjinnya yang berkuasa untuk memecut serta memanjat ruang angkasa ke tahap 50,000 kaki dalam masa hanya beberapa saat sahaja (separuh dari masa yang diambil oleh pesawat F-16)">>>
Ini juga adalah tidak benar. Dimana silapnya? Saya biarkan anda sendiri meneliti dan mencari kesilapannya. Saya harap anda boleh perbaiki mutu penulisan anda (dalam hal teknikal) dimasa2 hadapan.
P/S: Banyak lagi kesilapan yang saudara telah lakukan. Saya sekadar menamakan beberapa. Selama maju jaya.
Aku says
<<<"Ia ternyata lebih baik dari keupayaan pesawat F-16 Singapura yang memerlukan masa lebih kurang 254 mili second untuk mencecah ketinggian 50,000 kaki.">>>
254 millisecond untuk naik dari surface ke ketinggian 50,000 kaki adalah tidak masuk akal. Mana2 budak 12 tahun pun boleh tau ini adalah tidak logik sama sekali (tanpa perlu mengetahui apakah jenis sesebuah jet itu)
Sebenarnya ianya adalah 254 m/s. Untuk pengetahuan anda, "rate of climb" biasanya dalam unit m/s (meter per second, bukan millisecond).
Tidak tahu membezakan antara "meter per second" dengan "millisecond" agak sedikit menjejaskan kredibiliti anda ketika bercakap berkenaan ciri2 teknikal lain dimasa2 akan datang. Anda mungkin tidak pernah belajar Fizik waktu di bangku sekolah, itu tidak mengapa. Tapi rasanya belum terlewat untuk anda mengambil tahu serba sedikit bagi mengelakkan anda melakukan kesilapan yang memalukan ini.
Kalau "typo" kita boleh maafkan. Tapi kalau kesilapan fundamental macam yang ni, agak sukar untuk dimengertikan.
P/S: Apapun saya tabik kepada anda kerana menghasilkan blog yang sangat berinformasi ini meskipun kisah2 teknikal dari blog ini saya take it with a grain of salt. Selamat maju jaya.
shahpaskal says
Ya…gas pemedih mata dilepaskan melalui sejenis senapang khas. Peluru gas ini disimpan dalam kelongsong yang kita panggil canister.
Kederasan canister ini bukanlah serupa dengan peluru getah yang digunakan oleh askar Israel untuk mencederakan rakyat palestin.
Ia tidak menyebabkan kematian jika ditembak dengan teknik yang betul, biasanya senapang didongak sedikit iaitu lebih kurang 30 darjah (tidak sama dengan kita menembak M-16
Jarak efektif senapang ini biasanya di antara 50 ke 200 meter, jadi kita congak sendiri kederasan peluru canister itulah.
Ia tidak menyebabkan muka kita hancur lainlah kalau kita letak kepala kita betul-betul dengan hujung senapang. Tapi kita kena ingat, kayu baseball pun boleh menyebabkan muka kita hancur.
Pengalaman saya dengan rusuhan, polis sebenarnya manusia biasa, mereka tidaklah kejam dan ramai yang bersembahyang 5 waktu serta mendoakan keselamatan diri semasa bertugas.
Apa yang berlaku adalah satu tragedi…bila dah merusuh macam2 boleh berlaku, moralnya JANGAN BERADA DI TEMPAT RUSUHAN ATAU TEMPAT_TEMPAT YANG ANDA TIDAK SEPATUTNYA BERADA.
mywanfai says
bro, sorry off topic… nak mintak pandangan mengenai kes seorang remaja buta mata kanan ketika rusuhan penyokong bola sepak di kota bharu minggu lepas…
matanya buta selepas dikatakan terkena kelongsong daripada tembakan gas pemedih mata yg dilepaskan polis.
mungkin saudara boleh jelaskan, mungkinkah objek yang terkena mata remaja tu adalah kelongsong daripada gas pemedih mata…
gas pemedih mata ni ada kelongsong peluru ke macam peluru daripada senapang atau pistol?
ada yang kata, kalau kena kelongsong gas pemedih mata, bukan setakat mata buta, muka pun boleh hancur…
polis kelantan kata berdasarkan laporan hospital, mangsa terkana objek melayang dengan momentum yg laju… kemungkinan mercun, batu, botol atau kayu kerana keadaan ketika itu kelam kabut.
tq
Abie UTC says
Wah,,,ada blog pasal military rupanya. Bravo! Blog yg menarik. Dah lama tercari-cari blog pasal pertahanan milik rakyat Malaysia. Erm,,secara peribadinya, kalau betul MiG 29N baakl ditamatkan perkhidmaytannya, definitely kena cepat2 ada skuadron pengganti. Maybe sebuah lagi skuadron Sukhoi. Yg terbaru dlm family Sukhoi,,kalau tak silap Su 37. Haa,,boleh pertimbangkan pesawat ni la. Takpun, calon2 lain drpd Barat sbg mana yg diberi komen oleh salah sorang pengunjung di sini.
kayrolldin says
ingatkan selepas baca blog Military of Malaysia ni, kuranglah sikit perasaan terlalu memandang tinggi negara luar tu, tapi terbalik pulak. semakin banyak fakta tentera yang dikeluarkan, semakin tinggi pulak semangat nak kondem negara sendiri. apalah perangai sesetengah rakyat malaysia ni.. terlalu mengagungkan negara lain terutama singapura.
saya bangga Malaysia ada semua peralatan macam ni. kita mungkin terlalu rasa selesa dengan apa yang ada.
Sang Asura says
That documentary at channel 555..very nice , tapi pada saya its toooo bias. Biasa la keluaran barat memang la dia nak citer semua dia punya best.
kalau tak salah majalah perajurit pon pernah cite pasal penamatan MIG kita nih, tapi pasal ia nak berlaku tahun depan, thats something new (tokey blog ni memang baekkkkk dengan personal MINDEF, mau jaga2 sikit he3x)
As for me, agak kechiwa juga la pasal penamatan ni, akan menyebabkan lompong BESAR dalam TUDM, yang memang ada pegangan aset yang jadi bahan ketawa oleh negara jiran. Pada saya, kalau diberi pilihan untuk gantikan MIG ni mb boleh pilih MIG 35 kot, atau tambah skuadron hornet..
P/s ada dengar pasal kita nak beli Kolchuga, btoi ka bos ?
Obefiend says
@emotionless_teenage
they have loads of surplus planes now waiting to be taken out of mothball in nevada. the question is how airworthy are they? hopefully if we do get these older f-18 we will be getting them from the former national guard units. less flight time = less milage ha ha.
but i am not mistaken the US now no longer sell their best aircraft for exports. only TRUSTED allied will get the full monty. we would probably get a gimped version..
BELIA WAJA WATAN says
Mengulas sedikit kenyataan Mohamad Taufan Mohd Yassin mengenai pilot, – ” In the last result Men whois decided of war” – Alvin Tofler
NI kalau tak silaplah,
persoalannya kreteria pemilihan juruterbang – ada faktor cable ke tidak … ?,
Tentera sebagai kejaya (sekarang),
mana ada kejaya sangup mati …?
bukan sebagai perjuangan yang meletak nilai moral spritual kecintaan kepada tanah air – mafhum hadis – Cintakan Tanah air sebahagian dari iman.
Mampukan persepsi tersebut di tanam ke dalam jiwa pilot dan perajurit lain?
Satu persoalan yang memerlukan jawapan …!
Anonymous says
how about saab gripen? or aem130??
shahpaskal says
Cik cheryl…nanti saya akan kupas sikit pasal askar Timbalan Setia dari Johor ini, tak banyak yang saya tahu tapi adalah sikit cerita…insya Allah
shahpaskal says
Problem dengan pesawat dari peranchis ini adalah maintenance tinggi dan ini terjadi kepada taiwan yang turut memakai Mirage 2000
Mohamad Taufan Mohd Yassin says
Betul betul betul
1. Selain pesawat canggih, pemandunya perlu hebat, kreatif dan berpengalaman. Juruterbang Vietnam Utara dan tunjukkan bukti masa perang Vietnam, MiG-17/19/21 Vietnam Utara mampu saingi F-5A/B Freedom & F-4D Phantom II AS dan Vietnam Selatan.
Russia memang hebat dari penciptaan tetapi kurang dari segi pemantapan. MiG-21, MiG-23, MiG-25, MiG-29, Yak-43 & Su-27 telah pengaruhi banyak teknologi dan rekabentuk pesawat kini tetapi banyak ciptaannya nampak kurang kualiti termasuklah hal rebet (perkara sama dikesan pada MiG-25 yang dilarikan ke Jepun dulu) & penggunaan bahan api (haus semacam je enjin buatan Russia).
Jika duit ada, legalah TUDM. Sekurang-kurangnya boleh beli pesawat baru ganti MiG-29N. Tak la penat sangat geng-geng Su-30MKM ngan F/A 18D Hornet tu. Mungkin boleh beli Dassault Rafale F3 dari Perancis.
Anonymous says
I am Anonymous n back gain. Simple komen sahaja, US will not sell the FA-18D as the Marines and Navy dah minta Malaysia trade in and proven in combat.
Hornet is a good a/c perhaps more manouvarable (smaller) compared to E/F variant but less payload.
Anytime much better duration than MIG (sorry Mig lovers) and more advance and most importantly reliable avionics and systems + upgrades.
Don’t want to comment samada SU-30 replace MIG at this moment – let SU-30 sort out itself first. Mungkin Hornet lebih sibuk di kala ini.
cheryl aida says
salam bang, minat betul saya dgn blog pasal pertahanan negara ni. Nk request skit la, boleh x di post akan datang mencerita kan skit tentang tentera di raja johor. Di sebabkan saya org KL dan x ramai kenalan di johor jadi saya kurang memahami apa sebenarnya askar di raja johor ni. Terima kasih.. 🙂
emotionless_teenage says
another batch of F/A-18D(from USN surplus stock) would be nice(it should be cheap right now,and we should buy about 20 of those.)
and we also need to increase the number of our Flanker as well.
about MiG 29,i feel a little bit disappointed with the decision actually,if it should happen.russian aircraft industry do offer upgrade programme to upgrade earlier version of MiG 29 into much advanced MiG 29 SMT and MiG 35.and our Fulcrum aren’t as old as other countries have(our MiG is about 12-14 years old.still air worthy in term of year of service)
Anonymous says
f/a 18? sukhoi? rafale? grippen? korean golden eagle? Yak/AEM 130???
shahpaskal says
Obefiend…yup, bro…i saw that documentary too, that poor Mig is lacking in radar range so the US have the advantage to detect those poor bogie and launched their BVR missile.
Belia watan waja,,,memang teruk body MIG, banyak ribet. Memang dari segi design Russia ini kalah tetapi mereka menang dari teknologi (bab packaging memang fail).
Sebagai contoh Russia sudah ada stesyen angkasa sejak dari 70an lagi sedangkan US masih terkial2 nak buat ISS.
Anonymous…maklumat yang saudara sampaikan ternyata benar.
Saudara MT, duit ada maybe pasal senario politik. Saya percaya Najib yang sudah menjadi Menteri Pertahanan berpuluh tahun (dua kali pegang post sebagai M.Pertahanan) akan melaksanakan permodenan menyeluruh kepada ATM,
on the scene says
Terima Kasih saudara pembaca sekelian..apa yang saya fahamkan, pembelian MIG lebih kepada faktor politik dan dasar negara.
TUDM sebenarnya menyukai pesawat pejuang dari Barat tetapi ini sudah tentu bertentangan dengan dasar kita.
Secara peribadi…saya menyukai pesawat dari Russia, tetapi TUDM hendaklah menitik beratkan latihan untuk juruterbangnya.
Pada masa sekarang, terus terang saya katakan, kemampuan juruterbang TUDM terutama untuk dogfight diragui oleh saya.
Mohamad Taufan Mohd Yassin says
Maknanya tugas rutin MiG-29N akan dipikul sementara oleh Su-30MKM.
Yang pasti pemikir TUDM tengah pening untuk cari pengganti MiG-29N. Masakan tidak, keadaan ekonomi semasa, tuntutan kepada pemodenan TUDM melalui perolehan AWACS dan tampuk pentadbiran negara yang baru pasti menyukarkan.
Perolehan F/A-18F Superhornet amat sesuai namun lebih baik lupakan jika syarat yang ditetapkan tidak memihak kepada Malaysia (seperti jenis radar, kod sumber & pakej misil).
TUDM mungkin boleh mengintai beberapa calon sesuai untuk gantikan MiG-29N seperti Dassault Rafale (terdesak untuk eksport), Saab JAS-39 Grifen NG (pasti hadir dengan pakej sistem AWACS Erieye) dan mungkin Sukhoi Su-35 (variasi terkini keluarga Su-27).
Anonymous says
Tidak dapat dinafikan lagi, banyak ura-ura tentang MIG 29 bakal menutup tirai perkhidmatannya tahun depan.
Memang patut pun, sungguhpun bilangan MIG melebihi Hornet, tapi Hornet lebih berjasa dari segi kemampuan dan sortie( Tak nak hurai panjang).
Umpamanya, dari segi duration, Mig memang cukup “short”. Kalau cuaca mendung belum lagi hujan, Mig dah “grounded”. Keupayaan radar ??? kena bergantung pulak dengan Hawk atau pun Hornet (termasuk Hornet RAAF). Ntah missile MIG pulak tersasar….
Kalau sumber kewangan di peruntukkan untuk membeli pesawat US ataupun Barat, mungkin lebih memadai – Value for Money.
Nampaknya selepas isu Skyhawk (pendek tempoh hayat), Malaysia never learnt kot dalm servis MIg , harap SU-30 dah boleh operational, kalau belum lagi, memang pisang berbuah 3 kali !!!
adioz88 says
MIG29, laju memang laju..
Curve pada pesawat tidak sekemas pesawat f-18..nak macam orang amatur main fiber pun ada..
Bila di udara, dari jauh boleh tau ianya MIG bila asap berkepul2 ditinggalkan…
Walaubagaimanapun MIG dah lama.
Seperti harapan penulis juga, saya berharap kekuatan udara malaysia ditambah dengan f/a-18 atau seumpamanya..
Sekarang ada 8 buah, akan tetapi tidak semua dapat berfungsi dengan baik.
Dulu di 01 dan 08 selalu ada di hangar servis.
Obefiend says
never was a fan on the mig 29
designed in the 80’s a replacement for the foxhound the aircraft still inherit one fatal flaw of the mig 25.. really short legs.. as you mentioned earlier lah. sebabnya tak mahu pilot cabut lari dari kesatuan soviet. limitkan operational radius! ha ha. kang jadi balik episode mig23 yang lari ke jepun dulu.
another problem dengan mig29 ni dah proven to be useless when facing NEXT GEN fighters macam f18 dan f15. i think in iraq the fulcrum were shot down VBR style. saw the doucmentary on history channel a few weeks back ( DOGFIGHTS). leleh je mampos.
designed in the 70’s.. made in the 80’s and died in the mid 90’s to be honest.
RIP
tapi dulu f5 kita pakai lagi lama. cepat tol rosak. must be pasal metal fatigue pasal selalu supersonic
hopefully bleh letak satu di sungai besi museum. leg civilians macam aku ni tengok sampai muntah
BELIA WAJA WATAN says
Alahai… air superior, semasa kawe attach EXS Pahlawan, Warrant Off kat Gong Kedak Cakap MIG tu tak tahan semasa nak rebet, semua kena buat manual macam ketok body kereta aje …