Gambar di atas merupakan contoh pesawat AEW&C terbaru Singapura
1. Saya menulis analisis ini memandangkan terlalu ramai kawan yang bertanya kepada saya mengenai AEW&C (Airbore Early Warning Control) atau lebih popular di kalangan mulut rakyat Malaysia secara ringkasnya, AWACS.
2. Tentera Udara di Raja Malaysia (TUDM) sebenarnya telah meletakkan kepentingan AEW&C sebagai keutamaan selama beberapa dekad malah pada tahun 80an, TUDM hampir membeli pesawat AWACS Sentry dari Amerika Syarikat.
3. Pembelian itu bagaimana pun terbatal (sebab-sebab dibatalkan tidak diketahui) sebaliknya beberapa wartawan dari media tempatan telah dipanggil oleh Bukit Aman selepas mereka membocorkan hasrat TUDM itu.
4. Saya tidak jelas mengapa pembelian ini menjadi isu sensitif kerana ketika itu saya masih bersekolah rendah tetapi seorang penganalisis pertahanan yang saya kenal (kini bekerja dengan Asia Defence Journal) menjelaskan, beliau merupakan seorang wartawan yang telah disoal siasat.
5. Beliau kemudian dibebaskan tetapi semasa kejadian itu, beliau tidak menyentuh apa-apa pun dokumen yang berkaitan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri sebaliknya mendakwa, kenyataan pembelian pesawat itu telah dimasukkan ke dalam “Press Kit” para wartawan yang hadir untuk satu majlis di Kementerian Pertahanan ketika itu.
6. Untuk kawan-kawan saya dan pembaca yang masih belum mengenal pesawat AEW&C, secara fizikal, ia merupakan sebuah pesawat yang mungkin menggunakan enjin kipas (turboprops) atau enjin jet.
7. Singapura misalnya mempunyai pesawat AEW&C jenis Hawkeye yang mempunyai kubah radar yang agak besar di atasnya.
8. Republik itu telah membeli empat pesawat AEW&C dari jenis Gulfstream G-550-AEW untuk menggantikan empat pesawat Hawkeye sedia ada.
9. Indonesia turut mempunyai kemampuan AEW&C dan telah memesan tiga Boeing 737-2×9 Surveiller.
10.Thailand pula bakal menerima pesawat Saab 340 yang dilengkapkan dengan sistem Erieye Radar, PS-890 tidak lama lagi.
11.Malaysia?? tertangguh dengan alasan ketiadaan bajet…atau pun kerajaan mungkin bimbang untuk berbelanja lebih dan dituduh membazirkan wang rakyat memandangkan masih terlalu ramai orang Malaysia yang malas membaca untuk mencari apa makna pesawat AEW&C dan kepentingannya kepada keselamatan rakyat serta pesawat TUDM.
12.Atau pun mungkin kerana kerajaan beranggapan, kepentingan rakyat seperti membina rumah kos rendah, mengawal kenaikan harga tepung dan beras lebih utama kerana ini memastikan mereka mendapat lebih sedikit undi untuk pilihanraya yang akan datang.
13.Sedangkan Singapura, walaupun ramai rakyat terjun bunuh diri dari flet-flet HDB mereka akibat kegawatan ekonomi, pembelian untuk petahanan tetap diutamakan kerana kekuatan tentera adalah tunggak kepada bangsa Singapura serta insuran kepada republik itu.
BAGAIMANA AEW&C BERFUNGSI
15.Saya tidak mahir dengan sistem peperangan elektronik, jadi saya jelaskan apa yang saya faham sahaja, sebagai contoh, pesawat Hawkeye Singapura mempu mengesan jet pejuang TUDM yang berlepas dari Kuantan kerana radar (aktif dan pasif) mereka mempunyai kuasa liputan sejauh 400 ke 500 kilometer.
16.Jarak ini lebih jauh dari capaian mana-mana peluru berpandu Surface to Air Missile (SAM) (Dalam bahasa Melayu-misil permukaan ke udara untuk tembak kapal terbang). Sebagai contoh misil SAM Malaysia yang terbaru dan tercanggih iaitu Jernas mempunyai jarak capaian di bawah lebih kurang 30 kilometer sahaja.
17.Hawkeye Singapura juga mempunyai kebolehan untuk mengawasi pergerakkan lebih kurang 200 pesawat (Jumlah pesawat Malaysia adalah kurang dari itu) dengan jejakan aktif dan pasif.
18. Jika menggunakan mod pasif, juruterbang TUDM sudah pasti tidak mengetahui bahawa diri mereka sudah pun dikesan.
19.Dalam senario peperangan di antara kedua-dua negera ini, Singapura sudah pasti lebih dahulu menjalankan operasi SEAD (Suspression of Enemy Air Defence) untuk memusnahkan sistem radar permukaan TUDM yang terletak di Butterworth, Bukit Jugra, Subang dan Genting Highland.
20.Pemusnahan sistem radar sangat kritikal untuk memastikan Singapura menguasai ruang udara.
21.Tanpa radar, juruterbang TUDM akan terbang dalam keadaan buta kerana pusat kawalan tidak dapat memberi vektor pesawat musuh.
22.Juruterbang TUDM ketika ini hanya bergantung semata-mata pada radar kecil pesawat mereka dan terbuka untuk menerima serangan misil musuh dari mana-mana arah kerana radar pesawat terletak di depan muncung dan boleh menerima kedatangan pesawat musuh dari arahdepan sahaja.
23.Sedangkan pesawat pejuang musuh sudah pun menerima arahan dari pesawat Hawkeye bahawa pesawat TUDM sedang terbang pada aras? dengan kelajuan? arah pergerakkan dan sebagainya, mereka ketika ini boleh menyusun strategi dan membuat serangan dari mana-mana arah.
24.Saya memberi satu contoh sebenar iaitu ketika peperangan di Bekaa Valley pada tahun 1982 di antara Syria dan Israel.
25.Israel ketika ini menggunakan pesawat Hawkeye (Sama dengan Singapura) dan memacu pesawat pejuang F-15, F-16 (Pun sama dengan Singapura) dan disokong oleh pesawat lama seperti F-4 Phantom.
26.Hawkeye Israel ketika ini sudah hampir memenangi pertempuran kerana dengan mudahnya sudah dapat menandakan pesawat-pesawat Syria yang sedang berlepas dan mengecam penerbangan mereka.
27.Untuk menewaskan pesawat MIG Syria yang sedang terbang dalam keadaan “buta”, operator radar Hawkeye Israel memberi arahan kepada juruterbang F-16 Israel untuk menyerang pesawat MIG Syria dari tepi.
28.Juruterbang MIG Syria tidak dapat berbuat apa-apa dan mati di dalam pesawat kerana sistem penerima amaran ancaman pesawat mereka hanya terletak di hadapan dan di ekor pesawat sahaja dan ini bermakna kedatangan peluru berpandu F-16 Israel dari tepi telah gagal dikesan.
29.Pesawat Hawkeye Israel juga dilengkapkan dengan sistem peperangan elektronik yang baik sehingga berjaya menganggu sistem telekomunikasi dan radar Syria sehingga pesawat-pesawat Syria terpaksa terbang secara buta (tanpa bantuan radar darat yang lebih luas liputannya).
30.Operasi selama satu hari ini berjaya memusnahkan 29 pesawat Syria, tanpa kehilangan sebuah pun dari milik Israel.
Moral kisah ini, tak payah lah nak bangga sangat dengan Sukhoi tu kalau kita masih tidak ada AEW&C, jadi lepas ini kalau Malaysia nak beli AEW&C tolonglah jangan jadikan isu politik lagi yaaaaaa.
Saya yakin kalau pengumuman AEW&C dibuat, mesti DAP akan bangkang dulu dan disokong oleh rakyat Malaysia yang lain, pasal DAP ini adalah parti serpihan PAP dari Singapura, licik sungguh jarum mereka untuk melemahkan benteng pertahanan bangsa Malaysia dari segi jangka panjang.
UNTUK TAMBAHAN MAKLUMAT MENGENAI AWACS DALAM BAHASA MELAYU, SAUDARA PEMBACA BOLEH MERUJUK KE LAMAN TEKNOLOGI PERTAHANAN ASIA DI http://asiandeftech.blogspot.com/2008/10/saab-erieye-awacs-mengintai-peluang.html YANG DITULIS OLEH SAUDARA MT MOHAMAD YASSIN
Malik Saedon says
Bos,
Dasat ler tajuk post. Patut ler selama nih pesawat TUDM asyik jatuh jer, sbb takder pesawat AEW&C rupanya… π
OK, rasanya ada sikit silap fakta. TNI-AU punya Boeing 737 2×9 bukan AEW&C. Radar AN/APS-94 hanya dioptimakan untuk tujuan maritime surveillance dan bukannya untuk pengawasan udara. Lagipun radar nih berasaskan teknologi tahun 1970an.
Satu lagi, senario radar TUDM kena bantai dengan anti radiation missile tu simple sangat. pertamanya, jaringan radar TUDM sememangnya dah diketahui. tapi kebanyakannya berada jauh daripada sempadan negara, berada di atas bukit yang tinggi dan melihat kawasan yang rata seperti bentuk mukabumi di Johor. Radar- radar ni ada range antara 300 hingga 500 kilometer, Jadi susah untuk pesawat musuh nak menyusup masuk tanpa dikesan. kalo musuh try nak jam pulak, elemen kejutan deme akan hilang.
Range AGM-88 Harm adalah 150 kilometer maksimum. Jadi deme kena ceroboh masuk 150 kilometer baru boleh lancar HARM daripada jarak maksimum dan depa kena terbang tinggi untuk capai jarak tuh. Jadi, bukan mudah nak hentam radar pemantauan nih. Satu lagi, rasanya kat asia tenggara nih takder satupon negara yang dpt beli dengan AGM-88.
Last sekali, Su-30MKM boleh bertindak sebagai mini AEW sebab range dia jauh, boleh track byk sasaran dan dilengkapi dengan datalink utk hantar maklumat sasaran secara senyap, mcm F-14 buat dulu masa perang Iraq-Iran.
Admin says
terima kasih bro…
maha says
dap ini siapa kenal, suka jual maklumat pertahaan negara pada singapura, dap hamba singapura itu cara dap berpolitik dia tahu jenis radar dan sonar pada kapal selam kita ..dia ingat jenis radar dan sonar tambahan disertakan pakej bodoh PR ini
Ameer says
Kalau tak salah, Malaysia ngan Singapore kongsi ruang udara untuk training.
Farid says
kalau ye pun PR mempersoalkan ketelusan pembelian senjata ATM, janganlah sampai nak bwk ke court luar negara, lebih2 lagi dlm kes scorpene, bila mahkamah perancis dah tolak untuk pendakwaan, kenapa perlu nak di bawa ke mahkamah singapura? sehingga kini unsur rasuah yang dikaitkan PR masih bersifat andaian kerana PR menggunakan spesifikasi submarine yang dibeli chile sbg perbandingan..sdgkan telah dijelaskan bahawa jenis radar, sistem persenjataan dan lain-lainnya berbeza, dan yang pelik..kenapa DAP sebagai parti sekutu PR yang sangat2 berminat dengan isu arm spending ni?
achmad says
Jika dilihat beberapa isu pembelian peralatan tentera, adakah isu dibangkitkan oleh PR adalah tidak untuk membenarkan pembelian peralatan senjata dan juga pemodenan ATM. Sila dapatkan hujah PR yang mereka tak setuju dengan pemodenan dan pembelian senjata untuk ATM. Jangan pihak lain cerita tentang buah epal tetapi pihak lain berhujah balas pasal buah limau! Komentar banyak berunsur salah tanggap. Isu yang dibangkitkan oleh PR adalah PEYELEWENGAN wang pembelian peralatan tentera dan bukannya KETIDAKSETUJUAN untuk memodenkan angkatan tentera. 2 perkataan berbeza yang harus difahami. Usahlah berhujah tanpa melihat apakah masalah sebenarnya dibimbangan lain isunya maka lain ceritanya.
achmad says
Bukan rakyat tidak mahu berbelanja lebih untuk ketenteraan tetapi rakyat mahu sesuatu yang diperolehi biarlah berbaloi dengan wang yang dibelanjakan oleh tentera dan bukannya masuk sebahagiannya dalam poket pak menteri dan para jeneral tentera untuk memuaskan nafsu serakah diri dan keluarga mereka. Saya percaya kebanyakkan warga tentera juga bersetuju dengan masalah ini tetapi apakan daya ‘berkhidmat untuk negara dan YDPA’ adalah melebihi segalanya walaupun jelas penyelewengan wang rakyat untuk membeli peralatan tentera berlaku dengan terang2an. Saya sendiri bersetuju dengan pemodenan angkatan tentera Malaysia agar setanding dengan tentera2 dari negara ASEAN lain NAMUN biarlah segala permodenan itu dilakukan secara telus, tulus dan berhemah serta berakauntibiliti.
hazqil says
bile krajaan nk blanjakn skit ntuk prthanan ngara,msti ada mlut2 bsuk yg mmbngkang cdangan murni krjaan,diorg x tau ke yg prthanan mrpakn elemen pnting dlam survival & kdaulatan ssebuah ngara!bdoh btul mreka sume tu!
pump guns says
ala aper susah,,memang la malaysia takder lg bende tu…tp orang malaysia terer santau….kita santau jer habis citer….xgitu kengkawan
anon says
senang cerita..segala pembelian yang b’kaitan atm dirahsiakan drpd pihak media..habis cerita..
asokar says
isu politik merangkumi semua fakta…. kalau tidak hangus ler duit rakyat di kebasnya….
kapal selam scorpene….$500 juta sebagai upah beli…. pastu kapal selam tak boleh selam…. sepatut nya Military Development patut di kendalikan oleh orang2 yg betul2 arif dalam Military… bukan nya Mamat 25%….
Anonymous says
loans toronto This website is the best I enjoyed reading it a whole lot
AAA Toronto Payday Loans 1172 Bay St #101, Toronto, ON M5S 2B4 (416) 477-2817
Anonymous says
Good Day! Steven Murphy . payday loans
Anonymous says
Saya setuju jika TUDM mendapatkan Gripen dan Saab 340 AEW&C secara pakej.
Selain itu, nampaknya TUDM kurang memberi perhatian aspek ISR tidak seperti RSAF
Anonymous says
Tentang F1, kalau betul tak guna duit kerajaan takde masalah. Stand aku sama macam CEO Petronas, kenapa diorang terlibat dengan Sauber.
Tapi untuk industri pertahanan, isu AWACS ini perlu diteliti dari segi kos perolehan dan pakej yang ada.
Berdasarkan pengalaman ATM mendapatkan Astros, rasanya tiada masalah untuk mendapatkan pesawat tu dari negara selain US.
Mungkin jika pembelian Jas Grippen dipakejkan bersama dengan pesawat Awacs lebih nilai tambah, sebagai pengganti MIG 29.
Apapun, pemikir di KEMENTAH tentu telah menganilis semua pilihan yang ada.
Cuma jangan biarkan opportunis mengambil kesempatan, semata2 nak popular, keselamatan negara digadaikan.
arez_rawks77 says
aku pnah tgk awacs kt ruang poli aku..rendah je terbang…die ader piring bulat kt atas sbg radar…tp xpasti singapo pnye ke mlsia pnye..tp arap mlsia pnye la..sbb kt pasir gudang,masai aku ader tgk signbord TUDM pnye pengkalan..wahai kementerian,sedarlah dari mimpi..beli keta F1 tu mmbazir..beli r bnda yg dpt defence kiter…aku tau prangai singapore cmane..diorg pnye teknologi mmg maju..sekutu yahudi amerika ngn israel..
kaspi says
salam…
hehe..this my second comments since i join blogspot 6 month ago..
hahahaha..
pasal isu awacs ni kan,
baru jer blajar dalam kuliah semalam..lec cakap,sistem awacs sangat penting utk malaysia airforce..
ade satu kisah,(dia cerite lar..)
sebuah jet pejuang singapore pernah berada di ruang angkasa johor selama beberapa lama..tapi xder satu pon jet malaysia datang untuk menghalang atau menhalau besi buruk singapore tuh..hal ini langsung tidak disedari tentera malaysia dan hanya disedari oleh seorang nelayan yang hairan melihat perkara itu..
hal ini tidak akan berlaku jika kita mempunyai AWACS..
i asked him why malaysia didnt have dat system..
die cakap itulah malaysia..politics is more important than state security..hahahahahah
Anonymous says
utk pengetahuan hery, s`pore mempunyai kaw latihan di laut china selatan. berdekatan dengan pulau tioman. kaw tu telah digazetkan sbg tmpt non fly utk pesawat awam. ini disebabkan diorang control sektor selatan udara. kaw tu gak utk latihan navy diorang. that's y mmg selalu bleh nampak.
AEW amt penting. seperti Gulfstream G550 s`pore mereka mempunyai kelengkapan semua sekali sama seperti yg digunakan israel. diorang gak bleh gunakan utk jammer dan mempunyai pasif radar yg guna TDOA. persawat tersebut mmg bahaya. diorang bleh pin point satu objek dengan tepat dan cepat. mmg cukup bahaya buat segala aset kita yg berada kat bawah @ dipermukaan.diorang gunakan utk ELINT & SIGINT. nak tau lebih lanjut kena la cari kat net bahan bacaan mengenai benda tersebut. π
Anonymous says
Perolehan AEW&C memang diperlukan ketika ini, tapi ianya memerlukan perancangan yang teliti dari segi kewangan, latihan dan kebolehan M'sia untuk mengoperasikan aset tersebut. Seperti contoh, India memerlukan 3-4 tahun untuk mengoperasikan sepenuhnya A50 Phalcon terbaru mereka.
Sebagai langkah interim sebelum perolehan aset AEW&C, mungkin ATM boleh pertimbangkan S-300PMU1 ataupun S-400. Ini sebagai langkah interim bagi memastikan tiada pencerobohan dari negara luar. Ianya mungkin lebih murah dan mudah.
Ini adalah pandangan peribadi saya sebagai pemerhati kekuatan ketenteraan serantau. Bukan pakar.
Hery wataniah says
saya setuju dgn saudara pjan, dulu masa saya on training teritorial army kat tioman,,saya ada terpandang kapal republik singapura kelas formidable sedang belayar dgan KD Jebat…kalau sesiapa boleh jelaskan mengapa kapal2 singapura acapkali kita lihat di perairan kita????
Anonymous says
Sahabat ATM
AEWCC untuk TUDM amat penting, tapi masalah interoperability perlu diselesaikan. Hai Bro apa hal lah cerita banyakx, pasal duit tak ade kena belanja lainx la yg lebih penting la
Pjan says
salam buat bro zul dan bro shahpaskal. saya pun bersetuju dgn pandangan bro berdua. Pertahanan adalah perkara yang perlu di kedepankan dan paling utama bagi setiap negara yang berdaulat di atas muka bumi ALLAH. Di zaman baginda rasullullah pun baginda menekankan pertahanan adalah penting sebagai negara berdaulat. Berkenaan dengan isu politik tentang pembelian alat2 pertahanan sering menjadi isu atau perbahasan hangat oleh pembangkang terhadap kerajaan. Sebenarnya bagi pandangan saya yang amat cetek ni saya rasa perkara ni ada nilai positifnya kerana jika tidak di tegur maka kerajaan akan membuat sambil lewa dan ibarat melepas batuk di tangga. Macam yang bro zul terangkan pembangkang tak pertikai rasional pembelian tapi cara membeli dan cara membida.Sepatutnya pemerintah perlu peka perkara ni kerana wang yang digunakan adalah wang rakyat dan kerajaan sebagai pemegang amanah sahaja dan tidak boleh sewenang2nya menggunakan wang yang di amanahkan untuk menjaga perut sendiri yang berkenaan. Macam yang bro shah jelaskan bahawa pentingnya ATM mempunyai AWACS kerana dalam dunia sekarang semuanya tidak mustahil. Dari yang tenang boleh menjadi kacau bilau. Tidak mustahil dan memang terbukti Singapura tahu segalanya apa yang kita buat tapi adakah kita tahu apa yang Singapura buat. Bukan nak provokasi tapi ini memang kenyataan. Jika kita ke tioman sekalipun kita akan lihat helikopter dan jet singapura sentiasa ada. Adakah perkara ini tidka membahayakan negara?? Tak guna kalau kita ada bangunan yang tinggi sampai ke bulan tapi sistem pertahanan ibarat kurun ke 15. tak guna pemimpin asyik menghebahkan negara kita aman tapi tak bersedia untuk menghadapi masa kucar-kacir. Sebab yang akan menderita adalah rakyat seperti kita. ATM adalah bentang dan pembela kita masa senang dan susah jadi persiapkanlah ATM dengan sebaik-baiknya. Kita memang ketinggalan dalam semua aspek pertahanan dengan negara2 jiran kita. Ini lah pendapat dangkal saya.
affeyee says
sekali lagi, saya ingin membawa penulis and para pengikut blog ke comment saya terhadap artikel “malaysia terus ketinggalan” di blog ini.
perkara yang sedemikian lah satu kesimpulan yang cukup baik sebagaimana peruntukan wang kerajaan kalau di telitikan dan di hentikan sama sekali untuk pembayaran komisyen yang tinggi kepada syarikat yang tidak berpengalaman hanya memakan kedalam peruntukan pertahanan negara.
saya percaya sama sekali jikalau kesemua keperluan pertahanan negara di pertimbankan pada masa yang sama, peruntukan memangnya boleh di agihkan mengikut keperluan pertahanan dan mengelakkan ketidak seimbangan dalam peruntukan untuk tentera darat,udara and laut malaysia mengikut “priority” objektif perolehan berkenaan.
ketiadaan “good corporate governance” di dalam usul pengurusan kewangan ini yang telah mengabaikan kalau bukan semua, sebahagian besar keperluan pertahanan negara kita.
food for thoughts? π
shahpaskal says
Terima Kasih Zul…
Saya sokong saudara Zul, bukan isu rasional yang saya sentuh.
tetapi kalau nak bercakap pasal politik ini, saya terus terang nak bagitahu, politik is full of “bullshit” dan ini termasuklah kepada parti kerajaan dan pembangkang.
Kalau tak percaya, tunggulah PR berkuasa dan BN pula jadi pembangkang, isu yang sama akan dinaikkan.
Politics is full of deception…yang tertipu adalah rakyat kerana menyangka ahli politik mereka benar-benar ikhlas berjuang.
Masalahnya ramai rakyat yang tidak tahu proses pembelian…jika saudara Zul baca entry sebelum ini saya ada terangkan bagaimana peranan broker senjata.
Cuma saya minta, politik dipisahkan dari pertahanan, itu sahaja.
Secara logiknya, pembangkang di mana-mana negara pun tak akan memuji parti politik yang memusuhi mereka.
Nama pun pembangkang, jadi tugas pembangkang adalah mencari kesalahan bukan menyokong usaha parti yang mereka bangkang.
Cuma kita sebagai rakyat jangan kena psiko. Masalah isu pembelian pertahanan tidak akan selesai sampai bila-bila pun…selagi politik mencampuri urusan pertahanan, kalau betul ada unsur rasuah…buat report ke BPR
Zul says
Assalamualaikum,
Sy nk komen sket berkenaan dgn masalah rakyat msia asyik komplen bila ATM nk beli alat baru, terutama pembangkang. Sy ni bukannya penyokong kjaan @ pembangkang, tp apa yg sy perhatikn, pembangkang bukan mempertikaikan rasional kjaan beli sesuatu alat tu, tp cara pembelian. Yg dibantah adalah prosedur pembelian yang dikatakan penuh dgn rasuah dan kroni. Isu eurocopter, kapal selam, semuanya berkaitan dgn prosedur pembelian/pemerolehan yg tak telus. bukan rasional tentang pembelian tersebut.
Anonymous says
juz nak tye, Beli AWACS secondhand xleh ke? jimat buget?
CYBERCDO says
Bro Shahpaskal…..apa yang Cdo tahu secara rengkasnya AWCS dan AEW adalah seperti berikut;
Pesawat Sistem Kawalan dan Amaran Udara atau bahasa Inggerisnya β Airborne Warning and Control System (AWACS)β adalah sebuah pesawat yang direka untuk menjalankan tugas-tugas pengawasan, dan fungsi-fungsi “arahan dan kawalan” dan “pengurusan pertempuran”.
Manakala Pesawat Amaran Awal Udara atau dalam bahasa Inggerisnya Airborne Early Warning (AEW) pula adalah sistem radar yang dibawa oleh pesawat yang direka untuk mengesan pesawat lain. Pesawat ini digunakan di altitud yang tiggi, radar ini membantu operator radar untuk membezakan di antara pesawat sekutu dengan musuh beratus-ratus batu jauhnya.
Pesawat AEW digunakan dalam operasi-operasi pertahanan dan serangan udara. Sistem ini digunakan untuk membantu mengarahkan pesawat pejuang menyerang sasarannya, dan mempertahankan diri dari serangan balas.
shahpaskal says
thank u, anonymous
Anonymous says
Shahpaskal, Anonymous sekali lagi, “source code” dan “Link” are 2 diffrent things. Even some western jets do not have this unless approved by US. Yes, sensitive Bro……
shahpaskal says
wellcome joe kumbang…sebenarnya taktik su30 digunakan sebagai AWACS sudah dibuat oleh Iran masa perang dengan Iraq dahulu.
Ketika itu F-14 Iran yang mempunyai radar yang berkuasa digunakan sebagai AWACS
joekumbang says
Saudara2 sekalian..
Saya amat baru disini tetapi sentiasa mengikuti pendapat2 yang saudara lontarkan.
Saya sering mengikuti perkembangan pertahanan negara dan dunia.
Mengenai kemampuan Su-30 dijadikan mini AWACS, langkah ini akan membebankan pesawat itu.Lazimnya sebuah AWCS akan diiringi 2 jet pejuang semasa beroperasi. AWACS disifatkan amat bernilai oleh sesebuah negara kerana kemampuannyab mengesan dan menjejak pesawat. Hanya missile dari Rusia sahaja yang boleh memusnahkan AWACS dari jauh tetapi kosnya amatlah mahal.
Antara yang terkenal ialah E2C-Hawkeye. Sekarang teknik phased array lebih disukai seperti Erieye,sistem ELM(dipakai oleh Singapore yang dipasang pada G550)kerana keandalannya.
Walaupun Erieye tidak dapat memberikan coverage 360 degree, namun ia boleh dilakukan dengan corak penerbangan pattern “S”.
Pembelian AWACS mesti dicepatkan. Tanpanya ibarat peninju buta yang tidak dapat membalas tumbukan lawannya…
“Cepat dan Cergas”
shahpaskal says
Yup emotionless teenage…i heard the same thing too.
Topik ini paling banyak saya campurtangan dan berbalas komen pasal saya secara peribadi amat-amat meminati pesawat Awacs.
Apa-apa yang berkaitan dengan intell menjadi minat saya berbanding pesawat pejuang yang lebih glamour.
Kalau kita secara awal tewas dalam peperangan informasi…habislah kita!!!
Memanglah tentera Malaysia handal dalam taktik gerila warfare tetapi bak kata seorang pegawai tentera darat yang saya kenal…”Perang gerila adalah senjata terakhir untuk tentera konvensional yang sudah tewas”.
emotionless_teenage says
we already reviewed the possibility of fielding erieye into our arsenal(to be installed into CN-235)
but as far as i know erieye does have few drawback,like lack of simutaneous 360 degree screening capabilities(they got to fly s-shape in order to perform 360 screening)
i think that is why MAF postpone the procurement.(i think MAF is kinda interested with hawkeye for future prucurement,RMK 10 maybe)
shahpaskal says
Saudara MT Taufan..
Terimakasih di atas komen, tetapi saya tidak pasti apakah maksud saudara mengenai banyak masalah yang ditimbulkan oleh F-18 Hornet.
Dari respons yang saya perolehi, F18 Hornet amat-amatttt disukai oleh juruterbang TUDM.
Ia merupakan pesawat yang sangat baik cuma, dasar politik kita tidak mengizinkan pembelian pesawat dari US lagi.
Tetapi mungkin saudara maksudkan Hornet dengan pemasangan sistem AIM-120C.
Kalau tidak salah saya, AIM-120C telah pun diluluskan penjualannya jkepada Malaysia selepas lebih 10 tahun kongres US menidak kan penjualannya kepada Malaysia.
Saya akui, pembelian sistem pertahanan dari US sangat merbahaya mungkin saya akan kupas isu ini pada masa akan datang.
shahpaskal says
Thank u, anonymous…
Saya tidak tahu pasal masalah link ini kerana kita menggunakan sistem pesawat yang berbeza. Persoalannnya adakah pengeluar dari pesawat US dan Russia sanggup memberikan “Source Code” mereka untuk membolehkan juruterbang hornet, Su30 dan Hawk berkongsi data.
Persoalan kedua, sejauh mana efektifnya gandingan pesawat2 TUDM kita jika setiap pesawat menggunakan sistem perkongsian data yang berbeza.
Ini amat penting kerana setiap satu sistem perlu menghantar data secara “encrypted” dan pesawat sahabat perlu memecahkan kod itu untuk mendapatkan data.
Saya tidak tahu bagaimana TUDM akan menyelesaikan masalah ini dan sistem apakah yang mereka pakai untuk perkongsian data encrypted termasuk telekomunikasi di antara Mig, Sukhoi, Hawk, Hornet dan kawalan darat.
Maklumat seperti ini amat sulit sebenarnya.
Anonymous says
Takat ada SU tanpa Awacs pon tak berkesan sepenuhnya. Itu pon kena ader “Link” antara Awacs dan figthers dan tak pasti Western Awacs boleh “Link” dengan Eastern Aircraft ??
Singapura operate Awacs 24 hours dengan 2X escort sekali, Malaysia bolehker ?
Mohamad Taufan Mohd Yassin says
AWACS terlalu mahal sebab tu ATM amat berhati-hati dalam penilaian mereka.
Sehingga 2008, sistem AWACS paling murah hanya ditawarkan oleh SAAB, iaitu sistem Erieye. Sistem ini telah pun digunakan oleh Sweden, Brazil, Mexico, Greek dan perolehan terbaru dari Pakistan dan Thailand.
Malaysia mempunyai beberapa pilihan untuk AWACS dan pada pendapat aku, Malaysia perlu mengelak untuk peroleh sistem dari US sebab banyak sangat dah berlaku perkara yang kurang enak dan mungkin berbahaya (seperti dalam kes perolehan A-4PTM Skyhawk, F/A-18D Hornet dan AIM-120C5).
Anonymous says
kecewa betul kalo halΒ² yg melibatkan kepentingan dan keselamtan negara di jadikan isu politik..
mumuchi says
Saya difahamkan radar MKM kita sendiri boleh berperanan sebagia mini-awacs. Saya sarankan saudara kaji pula bagaimana kalau tak nak beli AEWC pun, kalau kita buat penambahan MKM boleh tak kita network kapalterbang pejuang kita atau tidak.
Anonymous says
yup..mmg 3 xcukup..tapi langakh awal boleh buat slow2…apa yg penting kita buat pemindahan teknologi…to be better, buat reverse engineering, so we can use our own technology…
joekumbang says
AWACS tu jenis rotadome yang besar, bulat. AEWC lebih kepada phased arrays. Iaitu pesawat zaman moden macam EMB 145, G550.. tak silap aku le..
shahpaskal says
rasa-rasa 3 tak cukup, Singapore yang kecik pun ada empat…
Kang dia orang monitor pula jadual penerbangan kitaaa…3 tak cukup untuk pemantauan 24 jam, kita kena beli lebih dari 4.
Mahal sebenarnya pesawat Awacs ini tetapi berbaloi pasai dia Force Multiplier…
OH YAAA SIAPA BOLEH JELASKAN BEZA DI ANTARA AWACS DAN AEWC
Anonymous says
saya setuju tudm/navy perlukan awacs…ini kerana kawasan maritim terutama laut china selatan dan laut sulu memerlukan pesawacs untuk membolehkan pemantauan maritim dan udara lebih berkesan…bagi saya,malaysia perlu sekurang2nya tiga pesawat awacs…1 semenanjung malaysia, 1 untuk sabah sarawak, dan 1 sebagai pesawat simpanan/latihan…mungkin boleh dimulakan dengan sebuah pesawat terlebih dahulu, kemudian diteruskan dengan pemindahan teknologi seperti mana negara brazil lakukan…beli lesen produksi then try to produce it by our own resources..masalahnya sekarang ialah isu keperluan awacs boleh dijadikan isu oleh by opposition leaders…